Taklimat Siaran TV Digital myFreeview
4 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kampung Titi Teras dijemput ke Program Raya MPKK Sungai Limau Dalam. Dalam kesempatan yang diberikan ini, pusat internet berbesar hati memberi sedikit taklimat berkaitan Siaran TV Digital kepada hadirin yang hadir. Bersama-sama dengan peserta Malaysia ICT Volunteer kami memberi bantuan dan maklumat agar komuniti lebih cakna tentang perkara ini.
Majlis ini bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang dan dihadiri oleh penduduk di sekitar Sungai Limau Dalam. Pelbagai menu dan juadah raya disediakan. Pusat Internet turut menjalanakan kuiz ICT kepada kanak-kanak yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: